25 August 2008

Sumpah Oh Sumpah

Assalammualaikum Dato dan teman-teman blog ini. Apa dah jadi apabila agama sendiri dipersenda-sendakan kerana politik. Dulu semasa saya masih kecil, saya pernah merujuk kepada ustaz saya. Sekiranya saya membuat sumpah palsu, apa yang perlu saya lakukan. Maka ustaz itu menjawab seperti yang tertulis di dalam Al-Qur'an, saya perlu membayar denda iaitu dengan berpuasa selama 3 hari.

Sekarang kita renungkan sumber yang saya baru perolehi ini untuk dikongsikan bersama.

RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi
"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137
Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
http://daftarj. spr.gov.my/ permatangpauhNEW /prayakecil. aspx
atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

12 August 2008

Permatang Pauh - Part 1

Rakyat Jangan Terpengaruh Andaian Tan Sri Muhammad Muhd Taib Boleh Menang Di Permatang Pauh.

Petikan dari Bernama.com 11 Ogos, 2008 17:39 PM.

Betapa yakinnya pak menteri "tampal" ni. Macam lah dia ni bagus sangat. Kalau bagus, saya akan kata bagus. Macam Md Said, Zahid Hamidi dsb. Yang nak tempuh pilihanraya hanya di Permatang Pauh. Yang nak mengundi pun hanya penduduk-penduduk Permatang Pauh sebab yang jauh-jauh tak dapat balik kerana bekerja pada hari mengundi. Yang buat andaian ini pula, paling teruk moral dia satu ketika dulu. Tapi kempen macam satu Malaysia nak menghadapi pilihanraya tersebut. Abis duit rakyat di lobi ke sana dan ke sini. Rakyat ingat ke lagi tentang salah laku pak menteri ini? Bawa lari anak Sultan ke Golok, rasuah dan macam-macam lagi. Tapi dah senyap macam tu jer. Memang BN boleh menang kalau ulang kembali teknik pilihanraya kecil Ijok satu ketika dahulu. BN pegang duit rakyat. Macam-macam dia boleh lakukan demi untuk mencapai sesuatu.

Peratusan mengundi mungkin sekitar 70% walaupun di lansungkan pada hari bekerja. Ramai pengundi yang tak boleh berloghat penang pun masuk mengundi. Ini andaian satu taktik. Semalam pula tv3 mempersembahkan suara rakyat pakai bush jaket dacing. Bercakap seperti rakyat Permatang Pauh, tetapi sedikit pun tiada slang penang. Kenapa mesti nak di bandingkan pemerintah yang baru mencecah 5 bulan dengan 50 tahun? Kalau berkhidmat untuk kakitangan awam pun, ambil masa tiga tahun baru boleh di sahkan jawatan.

Wahai Permatang Pauh, kita nilailah sendiri. Rakyat susah seperti saya semakin tersepit dengan pembangunan BN. Nak makan pun tak cukup duit. Suara kita dah terbukti hampir sampai ke dalam parlimen. Cuma belum cukup lantang. Dan pilihlah calon yang betul-betul lantang dan pernah mentadbir negara dalam keadaan ekonomi gawat sekali pun, masih tidak membeban rakyat walau pun pada masa itu hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Rakyat Jangan Terpengaruh Andaian BN Tidak Boleh Menang Di Permatang Pauh
By: Ramjit-->

GUA MUSANG, 11 Ogos (Bernama) -- Rakyat dinasihat tidak terpengaruh dengan andaian sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menang dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sebaliknya BN boleh merampas kerusi terbabit jika semua anggota Umno bekerja kuat dan bersatu untuk mencapai kemenangan."Andaian itu sebenarnya tidak tepat kerana dalam politik apa sahaja boleh berlaku...belum tentu lagi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menang semula."Semuanya itu adalah andaian peribadi dan kita sebagai ahli Umno hendaklah menolak segala andaian negatif seumpama itu dan apa yang lebih penting kuatkan jentera untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Pusat Sivik, di sini, hari ini.Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa BN tidak boleh menang di kerusi itu, Muhammad berkata semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu, juga ada kawasan yang BN dikatakan akan kalah tetapi akhirnya menang.

Selanjutnya...
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=352057

09 August 2008

Ada lagi yang tak kena...

Di bawah ini adalah petikan daripada Bernama 09-08-2008. Cuba ambil pandangan dari kedua-dua belah pihak. Yang tukang komen pun macam bomoh jer. Dato Seri Anwar Ibrahim dah menyatakan hasrat untuk bertanding sejak sebelum piliharaya lagi. Tetapi pada masa itu, beliau masih belum di benarkan bertanding. Dan ini adalah cara terbaik untuk DSAI menjejakan kaki semula ke parlimen. Dia adalah landasan bagi suara rakyat untuk sampai ke dalam parlimen. Pada pendapat saya, sekarang ni UMNO yang merendah-rendahkan martabad penduduk Permatang Pauh. Memang perkara ini dah di bangkitkan oleh Dr Wan Azizah semasa pilihanraya umum yang lepas dimana beliau akan mengosongkan dan memberi peluang untuk suami beliau kerusi tersebut. Yang sepatutnya kita khuatiri ialah berapa banyak jumlah duit rakyat yang akan di abiskan oleh BN semata-mata untuk menawan kerusi tersebut. Rakyat sedia maklum BN akan membuat perbelanjaan yang sangat besar apabila setiap kali pilihanraya diadakan. Upah tampal poster dan bendera, sewa bas untuk bawa penykong dari luar kawasan, kain batik dan sebagainya. Sekarang ini bagi saya, tak kisah apa keputusan daripada kes peribadi DSAI. Yang penting, kerajaan bertukar-tangan kepada kerajaan alternatif. Rakyat sekarang dihimpit bebanan barangan konsumer yang harganya semakin naik. Semua ahli parlimen BN yang bersetuju dengan kenaikkan harga minyak, bukanlah suara dari akar umbi. Itu adalah gelaran yang paling sesuai mensia-siakan mandat daripada rakyat. Saya sendiri dengan berpendapatan RM1500 sebulan dah tak cukup makan untuk 7 orang isi rumah termasuk anak saya 5 orang yang masih kecil dan sedang membesar. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam 'LU PIKIR LAH SENDIRI BN'. Wassalam...

PKR Sia-siakan Mandat Yang Telah DiberikanBy: Ramjit-->

IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya sebahagian besar pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh sudah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mensia-siakan mandat yang telah mereka berikan pada pilihan raya umum lepas."Pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya yang sia-sia dan PKR mensia-siakan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail," katanya.Sambil mengakui BN menghadapi laluan sukar untuk merampas kerusi berkenaan, beliau berkata BN bagaimanapun mempunyai harapan kerana ramai pengundi telah dapat melihat betapa mandat yang mereka berikan tidak dihargai oleh PKR."Pilihan raya kecil itu tidak sepatutnya berlaku...ini buang masa sahaja kerana sepatutnya Datuk Seri Dr Wan Azizah terus berada di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Gerakan Belia 4B Perak di sini, Jumaat malam.Mohd Ali yang juga Presiden Belia 4B berkata BN dan Umno akan memberi tentangan sengit dan berusaha keras menyakinkan para pengundi bahawa BN adalah parti yang lebih tepat untuk dipilih mewakili rakyat.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 16 Ogos manakala pengundian 26 Ogos. Selanjutnya... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=351684

Petikan dari Harian Sinar 08-08-08

Laungan 'Reformasi' gamatkan mahkamah

KUALA LUMPUR – Kawasan lapang dan luas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam kelihatan seolah-olah ‘mengecil’ dan sempit dengan kehadiran hampir 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setia menanti kedatangan tokoh politik itu seawal jam 9 pagi. Mereka yang hadir sehingga mewujudkan seperti satu ‘lautan manusia’ di kawasan bangunan mahkamah gah itu seolah-olah memaparkan adegan klimaks perhimpunan apabila para penyokong bersorak melaungkan ‘Reformasi’ sebaik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjejakkan kaki ke perkarangan kompleks mahkamah. Terdahulu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri yang akan dituduh atas tuduhan meliwat kira-kira jam 9.35 pagi itu, diiringi beberapa buah kenderaan sambil ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah. Sementara itu, suasana di lobi Mahkamah Sesyen Jenayah 1, tingkat 4 menjadi riuh apabila Anwar ditemani keluarganya tiba kira-kira jam 9.50 pagi. Laungan ‘Reformasi’ yang tidak pernah diam daripada penyokongnya terus menggamatkan keadaan. Adegan yang boleh dikatakan sebagai satu perhimpunan manusia itu menjadi lebih hebat apabila beberapa pemimpin dari parti hala kiri turut hadir memberi sokongan. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir terdiri daripada Datuk Husam Musa, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Azmin Ali. Sementara itu, hampir 200 pegawai dan anggota polis termasuklah dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan bagi mengawal keadaan seawal jam 7 pagi.

Akuan Bersumpah Dr Osman

Orang kata tipu, tapi kemana beliau pergi selepas tersebarnya laporan itu? Kalau lah tipu, kenapa tiada sidang akhbar yang dikatakan hendak di adakan pada 28 Julay lalu. Mana pergi Saiful lahanat tu? Lepas buat laporan, terus hilang.. Katanya jaminan keselamatan. Takut kena liwat lagi ker? Badan besar, tenaga kuat tetapi kenapa tak lawan masa nak kena liwat? Saiful pakai kain kot masa tu.. Macam mana nak sentak seluar orang ek? Takut kena bom dengan Anwar ker? Kita renung akuan sumpah ini. Kalau salah, dakwa lah. Kan ada akta. Termasuk dengan pesuruhjaya sumpah itu sekali.

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/10901/84/

Permatang Pauh Detik Perubahan

26 Ogos 2008 ini mungkin akan menjadi detik berakhirnya era pemerintahan Barisan Nasional selama ini. Bermula dengan kemasukan semula DSAI ke dalam parlimen serta penghijrahan rakan-rakan seperjuangan beliau pada tahun 90-an ke landasan beliau. Sudah pasti ada di kalangan mereka akan menjadi menteri kanan secara automatik. Walau bagaimanapun, pasti Barisan Nasional terutamanya UMNO semakin tenat. Kuasa mereka pasti semakin lenyap di telan zaman. Yang pasti BN akan sedaya upaya untuk memastikan mereka dapat menyekat kebangkitan DSAI walau dengan apa juga cara sekali pun. Mungkin juga pilihanraya kecil kali ini lebih kotor daripada pilihanraya kecil Ijok yang lalu. Yang penting orang-orang Permatang Pauh sendiri perlu jujur dengan apa yang mereka akan lihat.

22 March 2008

Jangan takut tapi hormat..

Di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan banyak lagi negara lain di dunia berani untuk bertukar kerajaan. Ini menunjukan kematangan politik mereka dan hasinya negara mereka bertambah maju!!! Maju Malaysia!!! Janagn takut untuk memilih perubahan tetapi perlu hormat kepada perlembagaan malaysia. Bukan 'Pak Lah' yang mempunyai kuasa tetapi 'Rakyat' (diri kita sendiri)