12 August 2008

Permatang Pauh - Part 1

Rakyat Jangan Terpengaruh Andaian Tan Sri Muhammad Muhd Taib Boleh Menang Di Permatang Pauh.

Petikan dari Bernama.com 11 Ogos, 2008 17:39 PM.

Betapa yakinnya pak menteri "tampal" ni. Macam lah dia ni bagus sangat. Kalau bagus, saya akan kata bagus. Macam Md Said, Zahid Hamidi dsb. Yang nak tempuh pilihanraya hanya di Permatang Pauh. Yang nak mengundi pun hanya penduduk-penduduk Permatang Pauh sebab yang jauh-jauh tak dapat balik kerana bekerja pada hari mengundi. Yang buat andaian ini pula, paling teruk moral dia satu ketika dulu. Tapi kempen macam satu Malaysia nak menghadapi pilihanraya tersebut. Abis duit rakyat di lobi ke sana dan ke sini. Rakyat ingat ke lagi tentang salah laku pak menteri ini? Bawa lari anak Sultan ke Golok, rasuah dan macam-macam lagi. Tapi dah senyap macam tu jer. Memang BN boleh menang kalau ulang kembali teknik pilihanraya kecil Ijok satu ketika dahulu. BN pegang duit rakyat. Macam-macam dia boleh lakukan demi untuk mencapai sesuatu.

Peratusan mengundi mungkin sekitar 70% walaupun di lansungkan pada hari bekerja. Ramai pengundi yang tak boleh berloghat penang pun masuk mengundi. Ini andaian satu taktik. Semalam pula tv3 mempersembahkan suara rakyat pakai bush jaket dacing. Bercakap seperti rakyat Permatang Pauh, tetapi sedikit pun tiada slang penang. Kenapa mesti nak di bandingkan pemerintah yang baru mencecah 5 bulan dengan 50 tahun? Kalau berkhidmat untuk kakitangan awam pun, ambil masa tiga tahun baru boleh di sahkan jawatan.

Wahai Permatang Pauh, kita nilailah sendiri. Rakyat susah seperti saya semakin tersepit dengan pembangunan BN. Nak makan pun tak cukup duit. Suara kita dah terbukti hampir sampai ke dalam parlimen. Cuma belum cukup lantang. Dan pilihlah calon yang betul-betul lantang dan pernah mentadbir negara dalam keadaan ekonomi gawat sekali pun, masih tidak membeban rakyat walau pun pada masa itu hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Rakyat Jangan Terpengaruh Andaian BN Tidak Boleh Menang Di Permatang Pauh
By: Ramjit-->

GUA MUSANG, 11 Ogos (Bernama) -- Rakyat dinasihat tidak terpengaruh dengan andaian sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menang dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sebaliknya BN boleh merampas kerusi terbabit jika semua anggota Umno bekerja kuat dan bersatu untuk mencapai kemenangan."Andaian itu sebenarnya tidak tepat kerana dalam politik apa sahaja boleh berlaku...belum tentu lagi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menang semula."Semuanya itu adalah andaian peribadi dan kita sebagai ahli Umno hendaklah menolak segala andaian negatif seumpama itu dan apa yang lebih penting kuatkan jentera untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Pusat Sivik, di sini, hari ini.Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa BN tidak boleh menang di kerusi itu, Muhammad berkata semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu, juga ada kawasan yang BN dikatakan akan kalah tetapi akhirnya menang.

Selanjutnya...
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=352057

No comments: