09 August 2008

Permatang Pauh Detik Perubahan

26 Ogos 2008 ini mungkin akan menjadi detik berakhirnya era pemerintahan Barisan Nasional selama ini. Bermula dengan kemasukan semula DSAI ke dalam parlimen serta penghijrahan rakan-rakan seperjuangan beliau pada tahun 90-an ke landasan beliau. Sudah pasti ada di kalangan mereka akan menjadi menteri kanan secara automatik. Walau bagaimanapun, pasti Barisan Nasional terutamanya UMNO semakin tenat. Kuasa mereka pasti semakin lenyap di telan zaman. Yang pasti BN akan sedaya upaya untuk memastikan mereka dapat menyekat kebangkitan DSAI walau dengan apa juga cara sekali pun. Mungkin juga pilihanraya kecil kali ini lebih kotor daripada pilihanraya kecil Ijok yang lalu. Yang penting orang-orang Permatang Pauh sendiri perlu jujur dengan apa yang mereka akan lihat.

No comments: