09 August 2008

Ada lagi yang tak kena...

Di bawah ini adalah petikan daripada Bernama 09-08-2008. Cuba ambil pandangan dari kedua-dua belah pihak. Yang tukang komen pun macam bomoh jer. Dato Seri Anwar Ibrahim dah menyatakan hasrat untuk bertanding sejak sebelum piliharaya lagi. Tetapi pada masa itu, beliau masih belum di benarkan bertanding. Dan ini adalah cara terbaik untuk DSAI menjejakan kaki semula ke parlimen. Dia adalah landasan bagi suara rakyat untuk sampai ke dalam parlimen. Pada pendapat saya, sekarang ni UMNO yang merendah-rendahkan martabad penduduk Permatang Pauh. Memang perkara ini dah di bangkitkan oleh Dr Wan Azizah semasa pilihanraya umum yang lepas dimana beliau akan mengosongkan dan memberi peluang untuk suami beliau kerusi tersebut. Yang sepatutnya kita khuatiri ialah berapa banyak jumlah duit rakyat yang akan di abiskan oleh BN semata-mata untuk menawan kerusi tersebut. Rakyat sedia maklum BN akan membuat perbelanjaan yang sangat besar apabila setiap kali pilihanraya diadakan. Upah tampal poster dan bendera, sewa bas untuk bawa penykong dari luar kawasan, kain batik dan sebagainya. Sekarang ini bagi saya, tak kisah apa keputusan daripada kes peribadi DSAI. Yang penting, kerajaan bertukar-tangan kepada kerajaan alternatif. Rakyat sekarang dihimpit bebanan barangan konsumer yang harganya semakin naik. Semua ahli parlimen BN yang bersetuju dengan kenaikkan harga minyak, bukanlah suara dari akar umbi. Itu adalah gelaran yang paling sesuai mensia-siakan mandat daripada rakyat. Saya sendiri dengan berpendapatan RM1500 sebulan dah tak cukup makan untuk 7 orang isi rumah termasuk anak saya 5 orang yang masih kecil dan sedang membesar. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam 'LU PIKIR LAH SENDIRI BN'. Wassalam...

PKR Sia-siakan Mandat Yang Telah DiberikanBy: Ramjit-->

IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya sebahagian besar pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh sudah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mensia-siakan mandat yang telah mereka berikan pada pilihan raya umum lepas."Pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya yang sia-sia dan PKR mensia-siakan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail," katanya.Sambil mengakui BN menghadapi laluan sukar untuk merampas kerusi berkenaan, beliau berkata BN bagaimanapun mempunyai harapan kerana ramai pengundi telah dapat melihat betapa mandat yang mereka berikan tidak dihargai oleh PKR."Pilihan raya kecil itu tidak sepatutnya berlaku...ini buang masa sahaja kerana sepatutnya Datuk Seri Dr Wan Azizah terus berada di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Gerakan Belia 4B Perak di sini, Jumaat malam.Mohd Ali yang juga Presiden Belia 4B berkata BN dan Umno akan memberi tentangan sengit dan berusaha keras menyakinkan para pengundi bahawa BN adalah parti yang lebih tepat untuk dipilih mewakili rakyat.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 16 Ogos manakala pengundian 26 Ogos. Selanjutnya... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=351684

No comments: